Forum Farmasi Anis

Anda boleh menyertai forum ini untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ubat, perubatan, dan terutamanya bidang farmasi ini.

Forum Farmasi Anis
Start a New Topic 
Author
Comment
cepatkan haid

assalamualaikum



hari pertama haid saya pada bulan 4 ialah 14/04 so sehingga sekarang saya haid saya belum datang lagi untuk bulan 5 ni so saya rasa takut sebab saya nak jarakkan kehamilan kerana anak saya baru berusia 9 bulan.



untuk pengetahuan, saya hanya mengambil postinor (cuma 4 biji dalam masa sebulan selepas bersama dengan suami) untuk merancang kahamilan disebabkan suami saya tinggal jauh kerana bertukar tempat kerja.



untuk sedapkan hati saya rasa mungkin haid saya lewat kerana saya tertekan (stress) bulan ni dengan pelbagai masalah tapi saya risau jika mengandung lagi.



saya ada terdengar, boleh buat suntikan untuk mempercepatkan kedatangan haid. boleh saya dapatkan maklumat dari sesiapa yang mengetahui. tolong ye.