Forum Farmasi Anis

Anda boleh menyertai forum ini untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ubat, perubatan, dan terutamanya bidang farmasi ini.

Forum Farmasi Anis
Start a New Topic 
Author
Comment
anak selsema

Ni nak tanya, anak saya umur 18 bulan, asik selsema tak baik baik..

bukan jenis selsema air, tapi yang kuning/hijau pekat..dah banyak tukar ubat doctor..sampai le ni saya stop dulu ubat ubat tu..

batuk nya sekali sekala jenis kering. Apa ubat yang baik? Ada orang suggest ambil Rhinotial atau Benadril? Ok tak?

Re: anak selsema

Kebanyakan doktor akan memberikan PHENERGAN untuk masalah ini kepada bayi yang masih kecil. RHINATHIOL INFANT dan BENADRYL PAED adalah sejenis ubat batuk dan selsema. Ia bukanlah ubat selsema sahaja.

Untuk kes puan, pemberian antibiotik adalah perlu kerana sudah ada infection. Paling penting baca dulu www.anispharmacy.com/antibiotik.htm.

Rujuk semula dengan doktor. Pemberian ubat selsema yang lebih kuat seperti Actifed mungkin diperlukan. Anda juga boleh mendapatkannya dari farmasi terdekat.

--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to: